Islamic Widget

Sunday, January 30, 2011

Coretan Kem Mengenal Diri,Memantap Jiwa 2011

Alhamdulillah!!! Syukur kepada Allah ,Program yang dirancang untuk pertama kalinya buat sesi persekolahan 2011 berjalan dengan lancarnya...Terima Kasih ditujukan kepada Tuan Guru Besar serta Guru-Guru Penolong Kanan yang memberikan sokongan dan semangat , Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan guru yang memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan kem ini.

Sekitar Kem Mengenal Diri ,Memantap Jiwa 2011


Pendaftaran Peserta Kem.

Solat Asar Berjemaah

 Ceramah : Awal Remaja ( Lelaki )

 Ceramah : Awal Remaja ( Perempuan )

 Praktikal Mandi Wajib

 Makan Malam

 Slot Kembara Diri

 Penuh penghayatan...

 Qiamullail

 Senam Pagi

 Praktikal Azan & Iqamah

 Tunjuk cara Istinjak

 Roleplay Solat Berjemaah ( Perlakuan Dalam Solat )

 Sepetang bersama Waris/Ibu bapa

Doa Penutup Kem

Buat semua anak-anak didik,jadikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kem ini sebagai panduan untuk melayari hidup dengan lebih sempurna, terutamanya dalam menjalani ibadat seharian...

Tuesday, January 25, 2011

Tazkirah Mingguan ( Isnin 25/01/2011 )

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI.
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”
Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, Di harap semua yang membaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
WALLAHU A’LAM..

Kem Mengenal Diri,Memantap Jiwa 2011

SASARAN:   Murid Tahun 6 SKTG

MATLAMAT

            Menyediakan murid-murid ke arah pelaksanaan ibadah solat yang sempurna di samping menekankan aspek kesucian diri daripada hadas. Di samping itu juga program ini bertujuan menerapkan dan menghayati amalan-amalan sunat dalam kehidupan sebagai seorang mukmin yang bertanggungjawab, istiqamah dan ihsan.

OBJEKTIF

1.  Mengetahui dan menyedari kepentingan solat dan menjaga kebersihan dan kesucian diri dalam kehidupan sebagai seorang muslim sejati.
2.  Memberi peluang kepada murid-murid melakukan solat-solat sunat seperti yang digalakkan dalam Islam.
3.  Untuk memantapkan sahsiah dan tingkahlaku positif ke arah  kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna di dunia dan akhirat.
4.  Mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah bersama waris bagi merealisasikan VISI dan MISI SK Tasek Gelugor.

ANJURAN

Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam SK Tasek Gelugor.